Tuesday, December 06, 2005
a poem i created whilst on duty!
Teringat malam semalam
Malam najat tanah Madura
Tika ketul-ketul langit merah bergantang-gantang
Kerana dalam pada saat itu
Akan terkabul segala doa dan hajat
Tidak lupa juga pintu syurga Firdaus
Yang akan terbuka seluas-luasnya…
Rintihan berlagu penuh kesyahduan
Suara mendayu membisu dengungan
Setelah melihat bumi dibaham kemurkaan Tuhan
Yang tinggal hanya berapa cebisan harta dan nyawa
Dan ditinggalkan pula sehelai sepinggang
Beku mergastua sekalian dek ketakutan!
Walhal tanah Madura kaya dengan sejarah
Pernah pula digelar serambi Makkah
Senandung yang dipijak bakal haji dan hajjah
Bukan sahaja makmur tempatnya
Tapi bintang jutalaksa tunduk akan cahayanya
Namun, zaman berlalu berubah wajah
Puas TOk Uja berpesan
Hinggakan merah bibir basahnya
Agar ingat adanya bumi kedua
Tapi diendahnya juga kata penglipur budiman
Sedangkan gunung memuntahkan api
Kerana takut akan kebesaranNya..
Memang benarlah iblis sudah bermaharajalela
Tutup segala mimbar iman diganti nafsu menggila
Kononnya si tua petah berbicara
Bertalamkan lidah seolah-olah lautan itu ilmu berdakwat
Inikan penderita makhluk durhaka
Bala yang ditimpa setimpal sumpah seranahnya
Yang setinggi liang lahat
Hikayat tragedi Madura tersurat sudah
Dijadikan teladan tersirat dalam kitab sejarah
TOk Uja bertapa di halaman rumah
Dialas dengan daun pisang santapannya
Tapi tak juga dimamah atau dijamah
Kerna hati kecilnya teramat sangat mencari taufik dan hidayahNya
Agar tak terpicang kaki yang bergesiran
Agar tapak tidak bergarisan sepanjang jalan
Dalam merintis titian Siratal Mustaqim
Kerana dunia menentu segalanya
Kalah sudah anak cucu Adam tunduk kepada kekuatan syaitan
Hinggakan adat dan budaya tidak lagi dikenalnya
Seloka ditulis sempena tragedi Tsunami di Aceh/Madura…
Bukan niat untuk menimang pujian
Tiada hajat pula untuk mencipta nama
Tetapi sekadar melepaskan rindu
Cinta nan satu ini.
Khidhir
My love affair in the world of poems continues even whilst on duty and serving the beloved country of Singapore.
Juliet, o juliet, whereforth art thou juliet?
For thy is under oath,
Sent under the pilgrimage of thy nation,
And now seemed tied under the bloody sinners of the Eastern shores.
grief =(